Selasa, 5 April 2011

Bermula Acara Sukantara 2011

Hari ini bersamaan 5 April telah berlangsung 2 acara sukantara yang melibatkan murid-murid tahun enam(kelas 1) dan murid-murid Tahun 4(kelas 3). Terdapat perubahan dari segi pembahagian markah iaitu setiap individu boleh menyumbang 2 mata bagi setiap acara 80 dan 150 meter yang dipertandingkan. Ini bermakna seorang peserta mampu menyumbang 4 mata bagi pasukan masing-masing. Secara keseluruhannya sebanyak 720 markah maksimum menjadi rebutan setiap pasukan.

Bagi aktiviti sukantara yang melibatkan murid-murid kelas 1, aktiviti berjalan lancar namun sebaliknya bagi kelas 3 hanya berkesempatan menyelesaikan acara 80 meter sahaja memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Berikut adalah kedudukan terkini setakat hari Selasa, 5 April, jam 6 petang :

PASUKAN

TAHUN 6

TAHUN 5

TAHUN 4

JUMLAH

KEDUDUKAN

BIRU

104

-

106

210

3

HIJAU

176

-

100

276

1

MERAH

162

-

94

256

2

KUNING

118

-

86

204

4

8 ulasan:

  1. kenape buat kan Padang Dbkl?
    bukan da ade PAdang sekola sendiri kan...

    BalasPadam
  2. Padang sekolah belum selamat untuk digunakan...

    BalasPadam
  3. alah....kuning kalah ke cikgu???=(hampa saya...=(

    BalasPadam
  4. Setakat ini baru selesai acara sukantara. Pungutan mata tak jauh semua rapat2.. ada 510 mata lagi untuk direbut. Acara olehraga selepas ini akan membuatkan kedudukan terkini itu berubah..

    BalasPadam
  5. cikgu,tahun lepas cikgu rumah apa?

    BalasPadam