Sabtu, 26 Mac 2011

Seminggu Menjelang Sukantara 2011

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi menjelang sukantara sekolah yang bakal dijalankan bermula 4 April ini. Sebagaimana yang telah dimaklumkan setiap pasukan semaksimumnya boleh mengumpul mata awal sebanyak 360 mata bagi dua acara sukantara iaitu 80 dan 150 meter. Manakala bakinya pula sebanyak 510 mata maksimum menjadi rebutan pada Temasya Sukan Tahunan yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu lagi.

Dalam temasya sukan tahunan yang bakal berlangsung tidak lama lagi sudah pastinya gelaran juara menjadi impian setiap pasukan. Sehingga kini pasti masih menjadi teka-teki pasukan manakah yang bakal dinobatkan juara bagi Temasya Sukan Tahunan 2011??? Jawapannya pasti terjawab nanti.

180 mata bagi acara sukantara nanti adalah penting bagi setiap pasukan bagi memastikan jarak mata tidak jauh antara setiap pasukan bagi memastikan persaingan selesa tanpa sebarang tekanan. Namun sekiranya pungutan mata bagi sukantara mempunyai jurang mata yang jauh maka usaha berlipat ganda perlu dilakukan pada acara sebenar nanti.

Ingat, seminggu sahaja lagi...

Jumaat, 18 Mac 2011

30 Wakil Sukantara Rebut 180 Mata

Sesi Latihan Rumah Sukan pada hari Isnin hingga Khamis (21 - 24 Mac 2011) merupakan sesi latihan yang penting bagi setiap Pasukan untuk mengadakan sesi pemilihan yang tepat sebelum menyerahkan senarai peserta yang bakal bertanding di UIA Gombak nanti. Percaturan yang tepat pasti akan membuahkan hasil dalam kejohanan Temasya Sukan Tahunan dalam merebut gelaran juara.

Setiap pasukan perlu menghantar nama peserta yang bakal mewakili pasukan masing-masing mengikut kelas 1, 2 dan 3 lelaki dan perempuan iaitu 2 orang bagi setiap acara 80 meter, 100 meter dan 200 meter. Bagi acara lari berganti-ganti pula setiap pasukan perlu menghantar 2 kumpulan bagi acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter.

Bagi acara sukantara yang akan berlangsung pada 4 - 6 April nanti, telah diputuskan setiap pasukan perlu menghantar seramai 30 orang murid bagi setiap kelas lelaki dan perempuan untuk mewakili setiap rumah dalam ujian masa bagi acara 80 meter dan 150 meter. Satu mata akan dipungut sekiranya peserta berjaya melepasi masa yang telah ditetapkan. Ini bermakna setiap pasukan berpeluang untuk merebut 180 mata sebelum Temasya Sukan Tahunan bermula.

Ahad, 13 Mac 2011

Serah Nama Sukantara Tak Lama Lagi.....

Minggu Ke 5 sesi latihan menyaksikan Hujan lebat pada hari Isnin mengakibatkan Pasukan Rumah Biru pula terpaksa membatalkan sesi latihan yang melibatkan murid-murid tahun 5 dan 6. Akibat cuaca yang tidak menentu serta ramai murid yang terlibat dengan ujian di Sekolah Agama maka Pasukan Rumah Hijau dan Kuning turut membatalkan sesi latihan pada minggu ini. Nampaknya pada minggu kelima ini Rumah Merah sahaja yang mengadakan latihan.

Bagaimana pula pada minggu ke enam sesi latihan yang akan bermula pada 21 Mac nanti. Harap keadaan cuaca dapat memberi laluan kepada semua pasukan untuk melaksanakan sesi latihan pada minggu tersebut. 25 Mac merupakan tarikh akhir penyerahan nama peserta-peserta yang bakal bertanding mewakili setiap pasukan. Oleh itu, minggu keenam adalah minggu terakhir bagi setiap ketua rumah menyenaraikan kembali peserta terbaik bagi mewakili setiap acara termasuklah 80m, 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 200m.

Setelah bermesyuarat acara sukantara telah diputuskan akan dijalankan bermula pada 4 April 2011 dengan 2 acara yang terlibat iaitu 80m dan 150m. Walaubagaimanapun penglibatan murid dalam acara sukantara tersebut tidaklah menyeluruh tetapi perlu menghantar wakil dengan bilangan peserta yang akan dimaklumkan kemudian.

Khamis, 3 Mac 2011

Hujan Lebat Untuk Rumah Kuning

Latihan rumah sukan sudah masuk minggu yang keempat bermula 28 Februari tempoh hari. Sesi latihan berlangsung seperti biasa dan menampakkan setiap pasukan sudah mula mempunyai senarai peserta-peserta terbaik setiap pasukan untuk di hantar pada bulan April nanti.

Sungguhpun latihan berlangsung dalam keadaan yang cukup baik bagi semua pasukan Biru, Merah dan Hijau namun sebaliknya cuaca pada petang Khamis tidak mengizinkan pasukan Rumah Kuning untuk meneruskan sesi latihan bagi pasukan mereka. Adakah ini akan turut dijadikan alasan jika kalah nanti??? alasan yang sama mungkin bagi Rumah Merah???? sama-samalah kita saksikan nanti pada penghujung pertandingan.

Sehingga ke hari ini, carta undi di Blog Berita SK Setiawangsa KL masih menunjukkan Pasukan Kuning mendahului pasukan lain selaku pilihan juara 2011. adakah ia akan menjadi kenyataan??? kita lihat sahaja nanti.