Setiap pasukan perlu menghantar nama peserta yang bakal mewakili pasukan masing-masing mengikut kelas 1, 2 dan 3 lelaki dan perempuan iaitu 2 orang bagi setiap acara 80 meter, 100 meter dan 200 meter. Bagi acara lari berganti-ganti pula setiap pasukan perlu menghantar 2 kumpulan bagi acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter.Bagi acara sukantara yang akan berlangsung pada 4 - 6 April nanti, telah diputuskan setiap pasukan perlu menghantar seramai 30 orang murid bagi setiap kelas lelaki dan perempuan untuk mewakili setiap rumah dalam ujian masa bagi acara 80 meter dan 150 meter. Satu mata akan dipungut sekiranya peserta berjaya melepasi masa yang telah ditetapkan. Ini bermakna setiap pasukan berpeluang untuk merebut 180 mata sebelum Temasya Sukan Tahunan bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan