Ahad, 13 Mac 2011

Serah Nama Sukantara Tak Lama Lagi.....

Minggu Ke 5 sesi latihan menyaksikan Hujan lebat pada hari Isnin mengakibatkan Pasukan Rumah Biru pula terpaksa membatalkan sesi latihan yang melibatkan murid-murid tahun 5 dan 6. Akibat cuaca yang tidak menentu serta ramai murid yang terlibat dengan ujian di Sekolah Agama maka Pasukan Rumah Hijau dan Kuning turut membatalkan sesi latihan pada minggu ini. Nampaknya pada minggu kelima ini Rumah Merah sahaja yang mengadakan latihan.

Bagaimana pula pada minggu ke enam sesi latihan yang akan bermula pada 21 Mac nanti. Harap keadaan cuaca dapat memberi laluan kepada semua pasukan untuk melaksanakan sesi latihan pada minggu tersebut. 25 Mac merupakan tarikh akhir penyerahan nama peserta-peserta yang bakal bertanding mewakili setiap pasukan. Oleh itu, minggu keenam adalah minggu terakhir bagi setiap ketua rumah menyenaraikan kembali peserta terbaik bagi mewakili setiap acara termasuklah 80m, 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 200m.

Setelah bermesyuarat acara sukantara telah diputuskan akan dijalankan bermula pada 4 April 2011 dengan 2 acara yang terlibat iaitu 80m dan 150m. Walaubagaimanapun penglibatan murid dalam acara sukantara tersebut tidaklah menyeluruh tetapi perlu menghantar wakil dengan bilangan peserta yang akan dimaklumkan kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan