Isnin, 21 Februari 2011

Sesi Latihan Minggu Ketiga Batal

Kejutan yang mengejutkan. 21- 24 Februari, Sepanjang minggu ini tiada latihan rumah sukan yang akan dijalankan memandang murid perlu membuat persiapan menduduki ujian Formatif 1 yang akan berlangsung mulai 22 Februari ini.

Kejutan ini mungkin memberi sedikit tekanan pada pasukan merah apabila sehingga ke minggu ini hanya sempat menjalani 1 sesi latihan sahaja. Nampaknya ini boleh dijadikan alasan jika kalah nanti. Jika menang memang bakal menjadi kejutan.

Apapun buat masa ini, diharapkan agar murid-murid dapat terus fokus pada ujian yang akan dijalankan. Pasal rumah sukan kita ceritalah kemudian...

Ahad, 20 Februari 2011

Sesi Latihan Masuk Minggu Ketiga

Sedar tak sedar sesi latihan rumah sukan sudah pun masuk minggu yang ketiga. Walaubagaimanapun latihan untuk minggu yang ketiga ini hanya melibatkan murid-murid tahun 6 sahaja. Ini kerana murid-murid tahun 4 dan 5 akan menduduki ujian formatif 1 sepanjang minggu ini.

Apakah perkembangan sepanjang minggu lepas iaitu minggu kedua sesi latihan dijalankan??? Pasti setiap rumah sukan mempunyai cara tersendiri bagi memanfaatkan masa yang telah diberi. Bagi sesi latihan minggu kedua semua rumah sukan termasuk Biru, Hijau dan Kuning telah berjaya mengadakan sesi latihan yang melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 tetapi sebaliknya tidak bagi rumah Merah kerana tarikh sepatutnya latihan dijalankan merupakan hari cuti? nasiblah kan?

Berbalik kepada perkembangan sepanjang minggu kedua sesi latihan. Dengarnya ada pasukan yang telah berjaya memilih wakil untuk pasukan mereka dan ada yang masih terkial-kial mencari peserta untuk mewakili pasukan dalam Temasya Sukan Tahunan Kali ke-17 nanti. Apapun diharapkan semua peserta yang telah dipilih nanti dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan rumah masing-masing.

Sebelum temasya sukan tahunan 2011 dimulakan, sukantara merupakan suatu yang penting kepada setiap pasukan untuk memungut semaksimum mungkin mata sebagai tambahan kepada markah yang bakal diperolehi dibalapan nanti. Oleh itu, setiap ahli dalam sesebuah pasukan tidak boleh memandang remeh acara sukantara yang akan dijalankan nanti memandangkan setiap orang dapat membantu pasukan masing-masing untuk memungut maksimum 3 mata.

Setakat hari ini 20 Februari 2011 nampaknya carta undian memihak kepada pasukan rumah kuning sebagai pasukan pilihan juara. Adakah benar?? ia hanyalah ramalan atau jangkaan sahaja.

Sabtu, 12 Februari 2011

Acara Temasya Sukan Tahunan kali ke 17

Bagi temasya sukan tahunan kali ke-17 yang akan berlangsung di UIA Gombak pada 16 April 2011, beberapa acara yang telah diputuskan untuk dipertandingan adalah seperti berikut:

*80 meter
*100 meter
*200 meter
*4 x 100 meter
*4 x 200 meter

Bagi kesemua acara di atas setiap rumah sukan dikehendaki menghantar 2 penyertaan bagi setiap katogeri acara... iaitu 2 peserta bagi acara individu dan dua pasukan bagi acara lari berganti-ganti bagi kelas yang terdiri daripada kelas 1, 2 dan 3.

*Tarik tali terbuka (Setiap Rumah Sukan dikehendaki menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan yang melibatkan murid tahun 5 dan 6 atau salah satu daripadanya)

*4 x 50 meter (Acara Guru)

Acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru tidak dipertandingkan.

Selain daripada acara di atas, acara sukantara turut diadakan seperti tahun-tahun yang lalu bagi mengumpul mata atau markah dari setiap individu dari rumah sukan masing-masing melalui acara-acara yang disenaraikan di bawah :

*80 meter
*150 meter
*Mini Merenta Desa

Bagi kesemua 3 acara di atas, setiap peserta akan menyumbang 1 mata bagi setiap acara tersebut sekiranya berjaya melepasi halangan masa yang ditetapkan. Ini bermakna kesemua ahli dalam setiap rumah sukan adalah terlibat walaupun ada yg tidak terpilih dalam acara balapan yang akan dipertandingkan di UIA nanti.

Jadi, ketua rumah bolehlah atur strategi macam mana nak kumpul markah semaksimumnya melalui acara-acara yang telah disenaraikan.

Rabu, 9 Februari 2011

Latihan Mula Perang Pun Mula

Awal bulan ini, pada 7 Februari bermulanya sesi latihan bagi setiap rumah sukan. Latihan diadakan mengikut giliran hari iaitu bermula dengan Rumah Biru pada hari Isnin diikuti Merah, Hijau dan Kuning pada hari berikutnya.

Macam biasalah, setiap tahun guru-guru dan murid-murid akan membicarakan tentang kekuatan Rumah Sukan masing-masing. Setiap Rumah Sukan memberi keyakinan penuh bakal menjuarai sukan tahunan yang bakal berlangsung di UIA Gombak pada 16 April 2011.

Berbicara bukan sahaja tentang rumah sukan bahkan masing-masing turut menggunakan perang psikologi yang sedikit sebanyak boleh membantu melemah dan menjejaskan semangat pasukan lain jika terpengaruh dengan propaganda yang dibuat.

Walaubagaimanapun dalam sukan perang psiko memanglah dibolehkan kerana tidak melukakan pihak lawan. Perang psiko ini sebenarnya menunjukkan bahawa guru atau murid yang terlibat bersemangat untuk menang dan bukan sekadar menyertai pertandingan sahaja.

Perang psiko ini dijangka semakin ketara apabila sukan tahunan semakin hampir nanti. Rumah apakah yang bakal menjuarai sukan tahunan pada tahun ini??? pastinya terletak pada kekuatan mental, fizikal peserta dan tektikal yang digunakan oleh guru pembimbing pasukan itu nanti.