Ahad, 20 Februari 2011

Sesi Latihan Masuk Minggu Ketiga

Sedar tak sedar sesi latihan rumah sukan sudah pun masuk minggu yang ketiga. Walaubagaimanapun latihan untuk minggu yang ketiga ini hanya melibatkan murid-murid tahun 6 sahaja. Ini kerana murid-murid tahun 4 dan 5 akan menduduki ujian formatif 1 sepanjang minggu ini.

Apakah perkembangan sepanjang minggu lepas iaitu minggu kedua sesi latihan dijalankan??? Pasti setiap rumah sukan mempunyai cara tersendiri bagi memanfaatkan masa yang telah diberi. Bagi sesi latihan minggu kedua semua rumah sukan termasuk Biru, Hijau dan Kuning telah berjaya mengadakan sesi latihan yang melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 tetapi sebaliknya tidak bagi rumah Merah kerana tarikh sepatutnya latihan dijalankan merupakan hari cuti? nasiblah kan?

Berbalik kepada perkembangan sepanjang minggu kedua sesi latihan. Dengarnya ada pasukan yang telah berjaya memilih wakil untuk pasukan mereka dan ada yang masih terkial-kial mencari peserta untuk mewakili pasukan dalam Temasya Sukan Tahunan Kali ke-17 nanti. Apapun diharapkan semua peserta yang telah dipilih nanti dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan rumah masing-masing.

Sebelum temasya sukan tahunan 2011 dimulakan, sukantara merupakan suatu yang penting kepada setiap pasukan untuk memungut semaksimum mungkin mata sebagai tambahan kepada markah yang bakal diperolehi dibalapan nanti. Oleh itu, setiap ahli dalam sesebuah pasukan tidak boleh memandang remeh acara sukantara yang akan dijalankan nanti memandangkan setiap orang dapat membantu pasukan masing-masing untuk memungut maksimum 3 mata.

Setakat hari ini 20 Februari 2011 nampaknya carta undian memihak kepada pasukan rumah kuning sebagai pasukan pilihan juara. Adakah benar?? ia hanyalah ramalan atau jangkaan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan