Rabu, 9 Februari 2011

Latihan Mula Perang Pun Mula

Awal bulan ini, pada 7 Februari bermulanya sesi latihan bagi setiap rumah sukan. Latihan diadakan mengikut giliran hari iaitu bermula dengan Rumah Biru pada hari Isnin diikuti Merah, Hijau dan Kuning pada hari berikutnya.

Macam biasalah, setiap tahun guru-guru dan murid-murid akan membicarakan tentang kekuatan Rumah Sukan masing-masing. Setiap Rumah Sukan memberi keyakinan penuh bakal menjuarai sukan tahunan yang bakal berlangsung di UIA Gombak pada 16 April 2011.

Berbicara bukan sahaja tentang rumah sukan bahkan masing-masing turut menggunakan perang psikologi yang sedikit sebanyak boleh membantu melemah dan menjejaskan semangat pasukan lain jika terpengaruh dengan propaganda yang dibuat.

Walaubagaimanapun dalam sukan perang psiko memanglah dibolehkan kerana tidak melukakan pihak lawan. Perang psiko ini sebenarnya menunjukkan bahawa guru atau murid yang terlibat bersemangat untuk menang dan bukan sekadar menyertai pertandingan sahaja.

Perang psiko ini dijangka semakin ketara apabila sukan tahunan semakin hampir nanti. Rumah apakah yang bakal menjuarai sukan tahunan pada tahun ini??? pastinya terletak pada kekuatan mental, fizikal peserta dan tektikal yang digunakan oleh guru pembimbing pasukan itu nanti.

4 ulasan:

  1. Jom Perang psiko... rumah merah tahun ni nampak lebih hebat daripada tahun lepas... terutama tahun 5 dan 6... kalau nak menang sukan tahunan kenalah ada kekuatan daripada sekurang-kurang daripada 2 tahap... sama ada 4 dan 5... 4 dan 6... atau 5 da 6..

    BalasPadam