Khamis, 14 April 2011

Juara? Olahragawan? Olahragawati? Siapa Terbaik?

Hari yang dinanti semakin hampir. Kurang 32 jam daripada sekarang akan berlangsung Kejohanan Olahraga SBT SK Setiawangsa KL kali Ke-17. Sudah pastinya setiap pasukan inginkan kejuaraan. Namun keinginan untuk menjadi juara tidak mencukupi tanpa diiringi usaha gigih untuk mencapainya. Dalam mengejar impian tersebut ternyata setiap pasukan telah menunjukkan reaksi positif apabila giat mengadakan latihan dan memilih wakil-wakil terbaik dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Pasukan mana bakal dinobatkan sebagai Juara dan Naib Juara? Siapakah yang bakal digelar sebagai Olahragawan dan Olahragawati? Siapakah perserta terbaik Kejohanan? Semua ini akan terjawab nanti. Walaubagaimanapun setelah berakhir sukantara tempoh hari Pasukan Rumah Hijau dilihat berkedudukan begitu selesa di hadapan berbekalkan perbezaan 44 mata di hadapan Pasukan Rumah Merah. Manakala undian di Blog Berita SK Setiawangsa menyaksikan Rumah Kuning menjadi Pasukan Pilihan merangkul Kejuaraan. Keputusan undian yang telah ditutup beberapa hari yang lalu adalah seperti berikut;

Jurang mata yang tidak jauh bagi setiap pasukan membolehkan persaingan sengit pada acara sebenar nanti. Di harapkan semua peserta dapat menunjukkan keupayaan dan melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing. Semoga Kejohanan Olahraga SBT SK Setiawangsa KL berlangsung dengan jaya dan gilang gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan